Sunday, 3 January 2016

Apa itu TAKAFUL?

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim

Salam perkenalan dari saya, Dr.Nadia. Saya merupakan seorang lulusan perubatan di salah sebuah universiti di Indonesia. Berbekalkan ilmu yang saya ada,kurniaan ALLAH S.W.T, blog ini saya wujudkan untuk saya memberi dan menerima ilmu kepada seluruh umat manusia. Moga ALLAH merahmati usaha saya dan merahmati usaha kalian semua dalam mencari ilmu.

Topik pertama, saya mulai dengan tajuk, APA ITU TAKAFUL?



Pastinya kebanyakan orang mentertawakan saya kerana post topik pertama ini. Namun, bagi saya, back to basic. Learn from bottom dan letakkan diri kita dalam golongan pencari ilmu. 

Menurut wikipedia.org, 

Takaful yang bermaksud saling menjamin, berasal dari perkataan Arab - kafala. Konsep takaful bertujuan mengalakkan tolong menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun. Dalam Islam, menolong atau menyediakan bantuan amatlah digalakkan.

Dan ini pula aplikasi nya :

Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.


Dari terjemahan di atas, dapatlah kita rumuskan mengapa sebagai umat Islam menyuruh kita mencari yang halal. lihatlah sahaja maksud TAKAFUL itu sendiri, sudah pasti kita mendapat manfaat dari konsep saling tolong menolong ini.

Sudah terang lagi bersuluh, pilih lah TAKAFUL.

KIta bertemu di post seterusnya, In Sya ALLAH.


Salam hormat,
Dr. Nadia


No comments:

Post a Comment